Monday, December 27, 2010

Reunion MPTB 9597 - 25 Dis 2010

Reunion MPTB 9597 buat kali pertama telah berjaya dilaksanakan pada 25 Disember 2010 di Dewan Kirkby, IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Terima kasih buat rakan guru yang sudi hadir bagi memeriahkan Reunion MPTB 9597 kali pertama ini. Pihak Jawatankuasa Reunion MPTB 9597 juga ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Pensyarah Penasihat iaitu En Wan Kamarudin & En Shafie (Pak Pie) kerana sudi hadir ke Reunion MPTB 9597. Meskipun penyertaan dari Ahli Alumni agak kecil tetapi Reunion MPTB batch 1995-97 yang julung kali  diadakan ini amat bermakna sekali. Semoga perhubungan persahabatan sesama Rakan Guru MPTB 9597 berkekalan hingga akhir hayat.










Untuk melihat Koleksi Gambar Reunion MPTB 9597 sila klik ke REUNION 2010

1 comments:

rosni said...

Walau pun tak ramai yg hadir...tapi nampak meriah sangat. Macam mana menu...hari tu...best tak?

Post a Comment